Di
Amerika Syarikat,
Hari Pilihan Raya (
Bahasa Inggeris: Election Day) ialah hari tahunan yang ditetapkan oleh undang-undang untuk
pilihan raya pegawai awam persekutuan. Ia ditetapkan secara berkanun oleh Kerajaan Persekutuan sebagai "hari Seleasa selepas hari Isnin pertama pada bulan November"
[1] sama dengan hari Selasa berlaku dalam tarikh 2 November 2 hingga 8 November.Bagi pejabat
persekutuan (
Presiden,
Timbalan Presiden, dan
Kongres Amerika Syarikat) dan kebanyakan pejabat gabenor (semua kecuali Kentucky, Louisiana, Mississippi, New Jersey, dan Virginia), Hari Pilihan Raya Day hanya berlaku pada tahun bernombor genap.
pilihan raya Presiden diadakan seriap empat tahun, pada tahun yang boleh dibahagikan dengan empat, di mana
pemilih untuk Presiden dan Timbaan Presiden dipilih menurut kaedah yang ditentukan oleh setiap negeri. Pilihan raya kepada
Dewan Perwakilan A.S. dan
Senat A.S. diadakan setiap dua tahun; semua Perwakilan dipilih berkhidmat penggal dua tahun dan bertanding untuk pilihan raya setiap dua tahun, manakala Senator berkhidmat penggal enam tahun, berperingkat agar satu pertiga Senator dipilih pada bila-bila
pilihan raya sahaja. Pilihan raya umum di mana calon presiden bukan di pengundian dirujuk sebagai
pilihan raya separuh penggal. Penggal bagi mereka yang dipilih bermula pada bulan Januari tahun berikutnya; Presiden dan Timbalan Presiden
dilantik dalam upacara khas (angkat sumpah) pada
Hari Pelantikan, yang biasanya pada 20 Januari.Banyak pejabat
negeri dan
kerajaan tempatan juga dipilih pada Hari Pilihan Raya sebagai perkara kemudahan dan menjimatkan kos, walaupun sebilangan kecil
negeri mengadakan pilihan raya untuk pejabat negeri (seperti
gabenor) semasa
luar tahun bernombor ganjil, atau semasa
tahun separuh penggal bernombor genap yang lain, dan boleh mengadakan
pilihan raya khas untuk pejabat yang kosong. Kongres telah memandatkan tarikh seragam untuk pilihan raua presiden (
3 U.S.C. § 1) dan kongres (
2 U.S.C. § 1 dan
2 U.S.C. § 7), walaupun
undi awal walau bagaimanapun dibenarkan di banyak negeri.Hakikat Hari Pilihan Raya jatuh pada hari Selasa telah menimbulkan perbalahan pada dekad-dekad baru-baru ini, kerana ramai orang mungkin tidak dapat mengumdi kerana kerja mereka. Ia merupakan
cuti umum di beberapa negeri, termasuk
Delaware,
Hawaii, Illinois,
Kentucky,
Louisiana,
Montana,
New Jersey,
New York,
Virginia,
Virginia Barat, serta wilayah
Kepulauan Mariana Utara dan
Puerto Rico. Beberapa negeri lain menghendaki pekerja dibenarkan mengambil cuti dengan gaji.
California menghendaki pekerja jika tidak dapat mengundi mesti dibenarkan dua jam cuti dengan gaji, pada permulaan dan akhir giliran kerja.
cuti persekutuan dipanggil Hari Demokrasi, berbetulan denagn Hari Pilihan Raya, telah diusulkan, dan beberapa telah mengusulkan menukar hari pilihan raya ke hujung minggu.
[2] Gerakan lain di industri
IT dan
automotif menggalakkan majikan sukarela memberi pekerja mereka cuti bergaji pada Hari Pilihan Raya.